Wednesday, December 3, 2008

PAGI-PAGI

pagi ni kak aku atau nama samarannya dalam keluaga bishu mengejutkan aku dengan satu beg yang berisi baju kurung..dia cakap pilih la dalam beg tu baju yang mana berkenan. aku dengan sepantas kilat terus la bangun untuk membuat pilihan...beruntung diri ini kerana mempunyai kakak yang begitu prihatin dan penyanyang...angah aku yang sedang mengandung tidur umah mentua dia ni ngulang semalam..jadi terselamatlah kami dari dengkuran maut nya setiap malam..siap p beli tilam nak bawak bekal p tidur umah mentua dia.hehehheh lawak tul..suaminya yang bekerja sebagai tentera macam biasa tak mendapat cuti.. jadi dia yang cikgu MRSM ni selalu balik keseorangan dan tidur pun berseorangan di rumah mentuanya...semalam adalah kenduri tahlil Pak Ndak lan sebelah umah aku ni yang meninggal dunia 3 hari lepas..sempat jugak aku membasuh periuk belanga tahlil 2 semalam yang di masak oleh maksu wan satu jek aku respek dengan maksu wan ni..walaupun menjangkau usia 70-an tapi baru membeli frontier..dengan berkain batik dan berbaju kurung kedah dia memandu kenderaan impian aku 2....

No comments: