Monday, June 22, 2009

I miss My ABAH...

Aku dilahirkan berbinti Haris...
dan,
Aku bangga ber Binti Haris,
Binti Haris...punya satu cara berbeda,
Binti Haris punya transisi tersendiri...
Binti Haris punya satu kekuatan walau,
terkadang...
Tak mungkin aku akan mengguris nama itu,
Nama yang sentiasa aku bawa tanpa lupa,
Aku berusaha menjaga nama itu,
Walaupun aku...
Rebah,walau aku lelah,walau aku...
Walau aku terkadang tak mampu Abah...
Ingin aku junjung namamu,
Sejunjung kasihmu padaku,
Ya,Allah...
Kurniakan aku sebuah kejayaan,
Demi Mak dan Abah...


Wednesday, June 17, 2009

Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan bersih. Ia amat mencintai kepada perkara yang cantik (indah) dan bersih.” (Riwayat Al Bazzar).

-azzariyat.wordpress.com-

“Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu” – Pepatah Arab


Wednesday, June 10, 2009

Terima Kasih MYVi Putih...(sebuah kisah benar)

Suasana 10 Malam di perhentian Bas Kangar (balik sempena kenduri Afa). Aku dihantar oleh abah dan orang tersayang seperti biasa :) sayu hati untuk meninggalkan negeri tercinta untuk meneruskan perjuagan di perantauan. buat kali ke-2 aku naik bas Mara Liner. Selalu aku naik Transnasional. saje ubah angin naik Mara Liner sebab masa naik dari Pudu ke Kangar bus dia cantik dan selesa sebab aku kerusi single sebelum perjalanan driver dia siap baca doa. Kali ni aku kena duduk dengan mamat mana ntah. Abah selalu dia akan monitor sapa yang duk sebelah aku dalam bas kalau kerusi double.... Sepanjang pejalanan seperti biasa aku akan tido setidornya sehingga sampai ke destinasi yang dituju. Mujur sampainya aku di Pudu ada kawan janji nak ambik.Kalau tak pening jugak sebab pertama kali turun Pudu ni. maklumla banyak kendengaran ceritan yang kurang enak tentang suasana Puduraya yang megerunkan. Setibanya di Puduraya.....

Aku menurunkan beg yang aku letak kat tempat barang atas kepala. ada dua orang yang paling akhir turun bas. Seorang lagi wanita (mungkin sebaya dengan aku 24 tahun berbaju MNG agak ketat bewarna hitam) kat depan tengah bersusah payah menurunkan barang aku ingat dia ni penjual rojak kot. sebab dua beg plastik besar dia bawak balik dari Perlis kuah rojak yang dalam tupperware 2. aku pun lalu sebelah dia nak turun. terjatuh plak beg duit dia bertaburan kad pengenalan, dan kad2 apa lagi kat atas lantai bas.


AKU : awak ok ke? banyak barang.

WANITA ITU : a,aah ok.. maklumla pagi-pagi ni.

AKU: (telefon kawan aku tapi x angkat2) angin betul aku. geng2 pemandu teksi menghampiri aku mempelawa perkhidmatan mereka. xpe bang..kawan saya ambik. dari jauh aku nampak wanita tadi turun dari bas membawa palstik beg yang besar berisi kuah rojak.

WANITA ITU: (SENYUM KEARAH AKU)

AKU : Akak nak pergi mana?

WANITA ITU : Nak ke Cheras.

AKU : Ooo pendek. (sambil tangan menelefon kawan aku x henti2) aku rasa mau seratus miskal dalam handphone dia. aku dengan muka selamba mendail lagi sambil berfikir-fikir cara untuk menyelesaiakan masalan tersebut. Dalam fikiran, yang aku tau nak sampai ke rumah sewa dengan cepat sebab esoknya praktikal. dah empat ari cuti.

Jam menunjukan 5.30 pagi (Hentian Puduraya)

WANITA ITU : Awak nak kemana?

AKU : Nak ke..(apa nama ntah umah aku) Pantai Permai..eh betul ke..

WANITA ITU : Pantai Permai? dekat dengan Pantai Dalam ke?

AKU : A,ah Pantai Dalam la.. maklumla baru menyewa sebulan kat situ..(tangan menekan punat telefon bimbit.)

WANITA ITU : Jom saya boleh hantarkan...dekat je dari sini... jom la..Kawan awak x sedar kot. maklumla pagi2 ni. kejap lagi Abang saya ambik.

AKU : erm...aku berfikir-fikir...nak ikut ke..sapa perempuan ni...selamat ke..ataupun ni pertolongan dari Allah kat aku. hamba yang kerdil di tengah-tengah kota raya yang besar. aku rasakan sangat naif ketika itu. takut dan gelisah.. aku nak ikut dia ke tak.

"MYVi Putih berhenti di depan aku dan wanita itu, sambil seorang lelaki melambai-lambai di dalam kereta.

AKU : mamat ni ke abang pompuan ni?

WANITA ITU : Jom la saya hantarkan...

AKU : Selamba angkat beg... naik MYVi putih tersebut. Assalamualaikum, tak kisah ke.

WANITA ITU : Abang, hantar dia kat Pangsapuri Permai. kawan dia x angkat telefon. sama-sama naik bas dengan ayang tadi.

AKU : ayang....(Dalam Hati) Ceh, boyfren dia nih.

WANITA ITU : Saya dari Perlis belajar kat Unimap. Baru habis praktikal.

AKU : Ooo... saya pun praktikal kat sini... kat RTM. dua bulan je.

Perbualan dalam kereta yang sangat ramah. bermula satu perkenalan kecil antara aku dan wanita itu. rupanya dia orang Terengganu belajar kat Unimap. kuah rojak bnayak-banyak tu di nak bawak balik Terenganu. terjadi jugak pergaduhan kecil antara dia dan boyfrenya dalam kete tu. biasalah pergaduhan sepasang kekasih...Kalau la mak bapak aku tau aku tumpang kete ni mampus kene marah. dah la tak kenai main belasah aku tumpang.. tapi aku redha je..erm...perjalanan selama 15 minit membawa aku samapi ke rumah sewa pangsapuri permai. x payah aku nak bagitau jalan dia dah tau pangsapuri tu. rupanya boy di pernah belajar kat UPM n selaku lepak-lepak situ.

AKU : Turunkan saya kat depan ni je la.. Guard ni x bagi orang luar masuk.

WANITA ITU ; O k..

AKU : Saya munirah... tangan dihulur... baru aku dapat tengok muka boy dia. yang juga berbaju putih dan berkaca mata..lapang2 datangla ke rumah..tingkat 7 blok D.

WANITA ITU & BOYNYA : Ok..Take Care...jumpe lagi.

AKU: Terima Kasih sangat tau...dalam hati aku nak ambik no tel je.tapi keadaan x mengizinkan.. sampai je dalam lif azan subuh berkumandang.. sampai dirumah dalam bilik yang berserabut tahap xleh blah aku solat subuh dan terlelap sekejap. Geram sangat tengok keadaan bilik yang berserabut balik penat-penat. nak je aku simpan pagi buta tu, mujur ada yang tengah tido... bangun pagi aku tengok berpuluh miskal dan msg kawan aku mohon maaf sebab baru tersedar dari tido. dia siap pg cari aku kat Pudu.. (siapa kawan aku?....Teka)...... Terima Kasih sangat kat Myvi putih tu..kalau terbaca blog ni sila hubungi saya....sampai sekarang pertolongan tu buat aku macam tak percaya jek.. Pagi tu aku pg kerja pukul 10 Pagi bawak buah tangan dari kampung iaitu roti buatan akak aku. dalam hati aku cepat je nak balik sebab nak kemas umah.. aku ada masalah tentang psykologi kalau umah tak kemas.nak2 katil tak kemas...serabut beb...abah aku dulu ingat lagi siap letak peringatan kat katil..jangan duduk diatas katil waktu siang....hehehehe balik keje je aku beli penyapu n ubah posisi bilik n renovate katil semua...erm..lega...mengemas adalah terapi terbaik buat aku.ANYWAY T.Q MYVI PUTIH...

Thursday, June 4, 2009

Trip promo radio ke Melaka


sepanjang aku menjalani latihan praktikal kat RTM @ Unit Promo & Kreatif Radio. banyak benda yang dipelajari baik tentang kehidupan dan cara gerak kerja unit ini. Setakat ni aku dah ikut sesi fotografi di Melaka dan membuat beberapa skrip promo berkaitan. Diarang train aku dan sorang lagi budak fakulti aku Wan dengan baik. Best sangat staf unit promo dan Radio. En Shah, Kak Naziah, Kak Ros, Abg Ijan, Abg Adi, Abg Lokman, dan x unit ni kak Fiza terima kasih dengan tunjuk ajar anda. Lebih kurang sebulan lagi aku dan Wan akan praktikal kat sini.