Sunday, January 18, 2009

TERUJA

KETERUJAAN SEMESTER 5...

  1. PERTAMA SEKALI MASUK KELAS PRAKTIKAL YANG MEMERLUKAN AKU MENJALANI UJIAN PRAKTIKAL HUJUNG SEMESTER INI.
  2. LEPAS TU KELAS ANIMASI YANG MULA MELAHIRKAN MINAT AKU. DAN MULA JATUH CINTA KEARAH BIDANG INI.
  3. LEPAS TU KETERUJAAN BERTAMBAH BILA TAMBAH SUBJEK DOKUMENTARI
  4. LAGI BERTAMBAH TERUJA BILA MASUK KELAS PROF RAZAK BLACK BOX
  5. KETERUJAAN BERTAMBAH BILA MASUK KELAS ADAPTASI KARYA BIMBINGAN PAK BAMBANG....TERUJA UNTUK AKAN MENGADAPTASI SUATU KARYA MENJADI SKRIP SAMAADA DRAMA, FILEM ATAU APA SAHAJA KE LAYAR SKRIN...YANG BEST MENJADI KARYA SKRIP AKU SENDIRI.
  6. LASTLY TERUJA JUGAK SEBAB FISHAH MENANG JADI MPP..SEBAB AKU DIANTARA JENTERA YANG PASANG BANNER, N POSTER MENYOKONG DIA...AKU HAIRAN JUGAK SEBAB APE ORANG LUAR SELALU CAKAP MPP NI BEST HA? DAPAT ITU DAN INI.. TAHUKAN MEREKA DILUAR SANA MPP NI BEKERJA UNTUK PELAJAR N MEMBANTU FAKULTI...X DAPAT APE PUN SEBENARNYA.CUMA DAPAT UMAH JE FREE ALA N KEMUDAHAN LETAK KERETA KAT DALAM KOLEJ, JPK PUN UMAH FREE MAKAN FREE...KOMANDER KESATRIA PUN DAPAT UMAH FREE GAK...ORANG X BISING PUN...AKU BUKAN NAK MASUK MANA-MANA PIHAK MPP MAHUPUN PELAJAR TAPI CUMA BERCAKAP BENDA YANG BETUL. MASA AKU JADI SEKETARIAT MPP PUN XDAPAT APA PUN DUIT HABIS LAGI ADA TAHUKAH ANDA SEMINAR MAHUPUN MODUL ANJURAN FAKULTI SEDIKIT SEBANYAK DISELENGGARA OLEH KAMI....CUMA PENGALAMAN BEKERJA DENGAN FAKULTI YANG AKU DAPAT...X SEMUA PELAJAR DAPAT TIMBA BENDA NI...AKU CUMA NAK PENGALAMAN ITU SAJE...SALAH KE BERGELAR MPP ATAU SEKETARIAT ATAU JPK,ATAU APE2 JE LA JAWATAN TERTINGGI KAT UNIVERSITI NI....

Sunday, January 11, 2009

DISIPLIN BERMULA DI RUMAH?

teringat dialog di suatu pagi kat umah masa cuti sem yang lepas....babak ni semasa aku nak masuk bilik air umah aku yang memang dikhaskan untuk abah. memang pelik umah aku sebab displin yang tinggi membuatkan sesiapa yang pandai menjaga kebersihan sahaja yang dapat menggunakan bilik air ni. nak tau situasi pagi tu? pernah gak adik aku kena marah sebab masuk bilik air x letak selipar tandas di tempat yg dikhaskan...

abah : chek (panggilan untuk aku) teman abah p servis keta.abah nak tukar timing belt dengan minyak enjin.
aku : tang mana abah?
abah : kedai biasa la kat pekan.
aku : sat nak mandi.

aku melangkah laju masuk ke dalam bilik air dan tetibe...

abah : hai, kaki mana langkah masuk td??
aku : "alamak kaki kanan"...
abah : keluar balik. masuk kaki kiri tandas..
aku : kelam kabut la abah.
abah : lain kali masuk tandas kaki kiri keluar kaki kanan...


huuhuhuhu begitu la berdisiplinnya abah aku. ni belum masuk bab dia basuh baju sendiri lagi. sehingakan mak aku kena marah sebab termasukkan baju dia dalam mesin.. biasala mak aku kalo basuh baju. kutip2 yang mana patut tekan jek kan. mesin basuh tu. cukup jam dia bunyi da siap sidai. apa lagi abah aku bising la baju pagoda dia kena masuk mesin. memang bila pikir n masa kena marah itu dan ini dengan abah memang tekanan. biasala anak muda semua nak senang n mudah. kadang2 terlepas pandang walaupun hal masuk jamban. tapi bila duk sorang2 fikir ini lah yang membuatkan aku menjadi sabar dan sedikit displin walaupun x sabar sangat. t.Q my Abah n Mak... I MISS U n LOVE U.... nanti kita masuk episod lain pulak next post.

Friday, January 2, 2009

DAFTAR KOLEJ SEMESTER 5

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA KOLEJ YANG BEKERJA PADA AWAL MUHARAM BAGI MEMUDAHKAN KAMI WARGA PELAJAR KOLEJ PUNCAK PERDANA MENDAFTAR. AKU DITEMPATKAN DI RUMAH BERNOMBER 1E08 TINGKAT 2.... SEBELAH RUMAH LAMA SEMESTER LEPAS..AKU SEBILIK DENGAN QAMARIAH DAN AS DENGAN IMAH DI BILIK SEBELAH.KAMI TELAH SERUMAH SEJAK DARI SEM 1 LAGI.ALHAMDULILLAH..TERIMA KASIH ABANG KOLEJ YANG BERTUGAS PADA HARI TERSEBUT. BERMULA EPISOD BARU SEMESTER 5 DENGAN MENGANGKUT BARANG DARI TINGKAT 4 RESAK SEBAB KOLEJ DAH TAK BOLEH MENYIMPAN BARANG LAGI. SETOR TIDAK DISEDIAKAN BAGI PELAJAR SEMENANJUNG. JADI KAMI MENUMPANG IHSAN DAN BELAS RAKAN-RAKAN YANG MENYEWA DI RESAK. BAYANGKAN BARANG DIANGKAT DARI TINGKAT 4 KE KOLEJ KAMI. TERIMA KASIH MOON UCAP KAT KAWAN-KAWAN YANG MEMBANTU AS, IMAH, MAR DAN BOY DIA NAJIB.

Bengkel Roti & Minyak Wangi


Tetiba abang ipar aku suruh ambik gambar bengkel dia untuk dihantar ke Jabatan Pertanian. Mungkin untuk tinjauan pihak mereka sebab perniagaan ni dibawah Jabatan Pertanian (IKS). perniagaan yang sudah berabad ni sudah bertukar wajah atas bantuan mereka. Dengan Canon SLR bersama tripod aku pun snap beberapa shot menarik kat bengkel roti dan minyak wangi tu.

SEPANJANG CUTI SEMESTER

sepanjang cuti semester yang berakhir pada 28.12.2008 yang lepas dihabiskan dengan sebaiknya bersama-sama insan tersayang di kampung halaman. Pengalaman cuti kali ni agak berbeza sebab aku tak kerja di kedai alat tulis @ kedai fotosatat Cikgu Sobri depan umah aku macam cuti yang lepas-lepas. cuti kali ni dihabiskan sepenuhnya dengan mengasuh anak buah yang ditingalkan emaknya yang sambung belajar. disamping masa cuti seperti biasa melakukan kerja-kerja kampung bersama abah tercinta lagi disayangi...sangat beruntung berBINTIkan kepada MOHD HARIS. mereka yang BerBinti HARIS akan ditrain seperti anak lelaki.. Terutama aku yang paling rapat partnership dalam melakukan kerja rumah bersama abah termasuk tukar atap umah yang bocor, tukar minyak enjin kereta abah, design landskap , serta hobi abah tukar tirai rumah dan macam-macam lagi lah kat umah aku 2 almari akan berada ditempat dia paling lama 2 3 bulan je dah tu mesti ubah posisi. Kalau kat umah masa banyak dihabiskan banyak bersama abah dan mak. tak de la masa nak buka laptop ke tengok t.v lama-lama ke. Binti HARIS kalau abah makan kena ada disebelah, kalau abah menyangkul kena stanby kat sebelah dengan cool drinknya...adik dengan kakak aku sempat bercuti di Bangkok dan sewaktu dengannya selama lebih 2 minggu. aku tidak dicalonkan dalam pelancongan tersebut atas alasan aku tidak mempunyai tahap kecerdasan fizikal yang tinggi seperti adik aku 2. maklumla diarang antibodi amat tinggi dalam mengharungi perjalanan jauh 2. aku ni kalau dari Kangar ke Shah Alam pun dah cukup muntah.that all untuk aktiviti sepanjang cuti semester ni...