Friday, January 2, 2009

SEPANJANG CUTI SEMESTER

sepanjang cuti semester yang berakhir pada 28.12.2008 yang lepas dihabiskan dengan sebaiknya bersama-sama insan tersayang di kampung halaman. Pengalaman cuti kali ni agak berbeza sebab aku tak kerja di kedai alat tulis @ kedai fotosatat Cikgu Sobri depan umah aku macam cuti yang lepas-lepas. cuti kali ni dihabiskan sepenuhnya dengan mengasuh anak buah yang ditingalkan emaknya yang sambung belajar. disamping masa cuti seperti biasa melakukan kerja-kerja kampung bersama abah tercinta lagi disayangi...sangat beruntung berBINTIkan kepada MOHD HARIS. mereka yang BerBinti HARIS akan ditrain seperti anak lelaki.. Terutama aku yang paling rapat partnership dalam melakukan kerja rumah bersama abah termasuk tukar atap umah yang bocor, tukar minyak enjin kereta abah, design landskap , serta hobi abah tukar tirai rumah dan macam-macam lagi lah kat umah aku 2 almari akan berada ditempat dia paling lama 2 3 bulan je dah tu mesti ubah posisi. Kalau kat umah masa banyak dihabiskan banyak bersama abah dan mak. tak de la masa nak buka laptop ke tengok t.v lama-lama ke. Binti HARIS kalau abah makan kena ada disebelah, kalau abah menyangkul kena stanby kat sebelah dengan cool drinknya...adik dengan kakak aku sempat bercuti di Bangkok dan sewaktu dengannya selama lebih 2 minggu. aku tidak dicalonkan dalam pelancongan tersebut atas alasan aku tidak mempunyai tahap kecerdasan fizikal yang tinggi seperti adik aku 2. maklumla diarang antibodi amat tinggi dalam mengharungi perjalanan jauh 2. aku ni kalau dari Kangar ke Shah Alam pun dah cukup muntah.that all untuk aktiviti sepanjang cuti semester ni...

No comments: