Wednesday, December 31, 2008

Friday, December 5, 2008

NOTHING HOT...

Boring sangat arini aku buka internet untuk beberapa jam mencari bahan yang boleh mendatangkan ilmu dan motivasi..aku buka ym tengok as dengan naim je tengah chat.. aku tanya as what hot today? dia cakap tengah baca tentang tentang anak Radhi OAG yang jatuh kolam dan isu pergaduhan diana dengan Shamsul...sampai buat report polis..perlu ke nak report ha..aku tanya lak naim apa yang best arini..selalunya naim akan memberikan input yang berguna gak kat aku..maklumla dia agak advance..dia gak yang cadangkan aku tulis blog nih...Naim ni budak sek aku dulu Sek Men sekali..dia belajar animasi kat LimKokWing..seperti biasa dia memberikan aku idea yang agak bernas iaitu suruh aku banyak membaca sebab aku budak Creative Wrting katanya kena banyak membaca...Naim suruh aku tengok movie n blajar buat riview...Naim ni muda setahun pada aku. mak aku selalu bising sebab selalu on internet..biasala aku ni pompuan kampung mesti la mak aku bising x buat keje umah dan menghabiskan duit bayar broadband bulan2.aku nak jugak buat keje yang bleh mendatangkan faedah berganda macam bayar bil bulan2 RM68.00 nih...teringain gak aku nak jadi macam Alicia Loh yang aku baca dalam paper kemarin.walaupun OKU tapi menulis puisi dan novel dalam blog.baru berusia 12 tahun budak ni.. As pulak mem Buzz ym aku cakap dia telah memesan beg Dior kat sepupu dia yang berada di Ireland dan coklat.. As ni budak Penang dan merupakan anak tunggal yang manja..hehehe jangan marah As..dari sem satu kami serumah.jumpa As ni dari interview lagi kat Uitm Kedah. memang la satu kepala dan bleh dikatakan senang nak bawak berbincang..

Wednesday, December 3, 2008

GAMBAR AKU DGN FISHA BERKOT
MASA KAMI BUAT SEMINAR MEWAKILI MPP FAKULTI (FISHA PENGARAH PROJEK)

Sepanjang sem empat yang berlalu banyak pengalaman baru yang diperolehi...belajar di Universiti ni bukan sekadar untuk dapat ijazah,dip or ape2 tapi tentang kehidupan manusia...tentang perjalanan..macam-macam manusia yang aku jumpa dan berdepan..semua ni mematangkan diri..pengalaman yang mematangkan diri...sem ni aku sebilik dengan imah..dari sem satu kami serumah dan sem dua hingga empat sebilik..nak tahu tentang perangai aku tanya la imah..nak tahu tentang perangai imah tanya aku..hehehheh...imah budak Tapah, Kg Batu Masjid...sem depan masuk sem lima..mengikut perancangan kami tinggal berempat dengan budak lama jugak imah,as,mar dan aku..termasuk 4 orang budak IS...
aku ucapkan berbanyak terima kasih kepada teman serumah sepanjang sem 4 akma,mira,e,wawa,ina,imah,dan ida...tahniah kepada mereka yang berjaya menamatkan pengajian iaitu ida, akma,e dan mira...TAHNIAH....
Doakan kami berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang... diarang ni walaupun berlainan kos dan umur tapi sekepala dari awai perkenalan sehingga akhir.. Alhamdulillah sepanjang aku tinggal di kolej semua teman serumah ngam2 belaka..sampai umah aku ni jadi port lak lepak ada berhijrah tukar bilik pun ada iaitu mek nana dari umah sebelah hehhehe diakhir2 sem...salam 2 mek nana yang x balik cuti sem sebab bekerja di PKNS...

PAGI-PAGI

pagi ni kak aku atau nama samarannya dalam keluaga bishu mengejutkan aku dengan satu beg yang berisi baju kurung..dia cakap pilih la dalam beg tu baju yang mana berkenan. aku dengan sepantas kilat terus la bangun untuk membuat pilihan...beruntung diri ini kerana mempunyai kakak yang begitu prihatin dan penyanyang...angah aku yang sedang mengandung tidur umah mentua dia ni ngulang semalam..jadi terselamatlah kami dari dengkuran maut nya setiap malam..siap p beli tilam nak bawak bekal p tidur umah mentua dia.hehehheh lawak tul..suaminya yang bekerja sebagai tentera macam biasa tak mendapat cuti.. jadi dia yang cikgu MRSM ni selalu balik keseorangan dan tidur pun berseorangan di rumah mentuanya...semalam adalah kenduri tahlil Pak Ndak lan sebelah umah aku ni yang meninggal dunia 3 hari lepas..sempat jugak aku membasuh periuk belanga tahlil 2 semalam yang di masak oleh maksu wan satu jek aku respek dengan maksu wan ni..walaupun menjangkau usia 70-an tapi baru membeli frontier..dengan berkain batik dan berbaju kurung kedah dia memandu kenderaan impian aku 2....

Tuesday, December 2, 2008


Rakan seperjuagan masa sek menengah dulu Sek.Men.Keb.Syed.Hassan...dua orang dah jadi tunangan orang...
ayu still couple dgn pon...sorang dah jadi cikgu..dua orang dah grad...aku dengan along lagi 2 sem...dulu kami dengan nama samaran masing2
along (winnie)
aku (lilte mermaid)
ima ( daisy )
afa ( olive)
adik bidin ( aku terlupa beb ) repunzel kot sorry dik.



Ahli keluarga seramai 7 orang dengan 3 menantu 2 cucu
MY BIG FAMILY

SPECIAL THANK..

kepada mereka yang wish my birthday pada 20.11 aritu ada yan seawal 12 malam..yang terawal wish ialah fisha iaitu pada pukul 11.45 jam aku pada malam 20 aribulan. diikuti ijat,mira,faridah,naim melalui email,beby,as,imah dan sapa lagi ada aku simpan dalam msg seperti biasa buat kenangan..walaupun aku selalu menghadapi masalah untuk mengingati tarikh lahir,nomber talepon dan pe2 yang berkaitan dengan nomber aku harap rakan2 tak berkecil hati kalau aku x ingat tarikh penting korang..erm..tapi sebenarnya aku amat prihatin dalam meraikan tarikh penting insan yang paling dekat dengan aku...kalau aku buat xtau 2 maknanya aku benar2 terlupa...